Event is FINISHED

BAHTERA 2016

Description

Latar Belakang BAHTERA:


Program BAHTERA pertama kali diadakan pada tahun 2015 di KLCC yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Program ini berlangsung selama dua hari (19 hingga 20 Ogos 2015) bertujuan untuk meningkatkan hubungan usahawan Bumiputera dengan agensi kerajaan, swasta dan NGO yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam aktiviti pembangunan keusahawanan di Malaysia. Dengan tema “Bumiputera of Tomorrow”, program BAHTERA telah menyasarkan penglibatan semua peringkat usahawan dan komuniti perniagaan Bumiputera. Pendekatan tersebut ternyata telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dengan pendaftaran lebih 15,000 peserta.

Selaras dengan usaha kerajaan memperkasa ekonomi bumiputera seperti yang dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11, inisiatif BAHTERA adalah platform mampan yang terbaik dalam usahanya untuk menangani jurang maklumat untuk usahawan. Ia akan dapat membantu usahawan melonjakkan usahaniaga mereka melalui maklumat perniagaan pintar, strategi penjenamaan yang berkesan dan seiring dengan penggunaan teknologi yang tepat.




PROGRAM

Kluster Program

Format keseluruhan BAHTERA mengambil kira keperluan usahawan dari pelbagai peringkat, merentas industri, dengan rangka program BAHTERA yang bersifat menyeluruh atau holistik, serta memberi penekanan kepada pengisian dan aktiviti berupa “outcome driven” atau memudah-cara (facilitated). Antara kluster industri yang diberi penekanan adalah:

1. Halal, makanan & keusahawanan Agro
2. Keusahawanan Belia
3. Keusahawanan Sosial
4. Fesyen, pelancongan & budaya
5. Keusahawanan wanita
6. Perkhidmatan & Peruncitan


XUsed akan menjalankan sesi bengkel di bawah Kluster Program Keusahawanan Sosia bersama peserta BAHTERA 2016.


Pelajari cara menggunakan XUsed.com daripada pengasas Sambio Resources Sdn Bhd, En Saiful Adli untuk sesiapa yang ingin menjadi usahawan dalam bidang Pengurusan Kitar Semula yang mempunyai pasaran melebihi RM2 billion di Malaysia.
Jana Kekayaan melalui Bahan Buangan Kitar Semula Anda hari ini!

Daftar online di @ http://bit.ly/xusedbahtera16

Bila?
Hari & Tarikh: Ahad, 09.10.2016
Masa: 2.00 petang - 5 petang

Di Mana?
Tempat: Bilik Senggora, Park Avenue Hotel Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Address: 1 Jalan Indah Dua, 08000 Sungai Petani, Malaysia...
Website: http://www.bahtera.my/
Lokasi Google Maps: https://goo.gl/maps/DY4Kr7fc2m22

Apa yang anda akan pelajari?
• Memberi peluang kepada orang ramai untuk menambah pendapatan daripada bahan buangan domestik seperti minyak masak terpakai (Used Cooking Oil)
• Memberi peluang pekerjaan kepada belia bumiputera untuk berkecimpung dalam bidang pengurusan bahan buangan kitar semula (Recycle Waste Management)
• Melatih usahawan baru untuk berkecimpung dalam bidang Pengurusan bahan buangan kitar semula (Recycle Waste Management)

Hubungi/Whatsapp untuk pendaftaran/pertanyaan:
1. Saiful: 6012 203 3642
2. Amrul: 6016 328 6937
3. Adzfar: 6012 279 2744

Daftar online di @ http://bit.ly/xusedbahtera16





Event Timeline
Oct 8 - Oct 9, 2016
[ Sat ] - [ Sun ]
9:00 AM - 5:00 PM MYT
Add to Calendar
Venue
Park Avenue Hotel
Tickets
FREE ADMISSION
Venue Address
Park Avenue Hotel Sg Petani Malaysia
Organizer
BAHTERA 2016
22 Followers